Monday, 11 October 2021
Thursday, 12 August 2021
Monday, 26 July 2021
PdPR sehingga 31 Ogos 2021
SESI persekolahan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilanjutkan sehingga 31 Ogos ini, demikian menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Menerusi satu kenyataan pada Sabtu, KPM berkata ketetapan tersebut mengambil kira situasi semasa pandemik Covid-19 serta perbincangan bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
"Ketetapan ini terpakai di semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM," katanya.
Sunday, 13 June 2021
PdPR: 13 Jun - 15 Julai
Untuk makluman, sesi PdPR disambung selama 25 hari lagi berikutkan situasi semasa COVID-19 yang belum menunjukkan penurunan.
Perkara ini diumumkan oleh Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr Radzi Jidin.
Lanjutan PdPR ini akan bermula 13 dan 14 Jun mengikut kumpulan negeri masing-masing.
Pembukaan sekolah pada 13 Jun membabitkan negeri kumpulan A iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu, manakala pada 14 Jun pula membabitkan negeri kumpulan B iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan serta Putrajaya.
Friday, 11 June 2021
Hala tuju selepas SPM
Keputusan SPM 2020 baru sahaja diumumkan semalam, sudah pasti anda dikalangan anda masih keliru untuk membuat pilihan menyambung pelajaran.
Apakah hala tuju pelajar selepas mendapat keputusan SPM? Kemana pula selepas SPM? Kat mana Nak sambung belajar? Terdapat banyak peluang untuk anda sambung belajar selepas SPM. Admin nasihatkan pilihlah berdasarkan minat anda, jangan ikut kawan tau! Berbincanglah dengan mereka yang paling rapat dalam membuat pilihan.
Antara haluan pendidikan yang boleh dipilih oleh lepasan SPM adalah;
1. Asasi

Majoriti universiti menyediakan tempat khas bagi lepasan universiti mereka untuk menyambung pengajian ijazah kelak. Namun ia tidak menjamin sekiranya anda tidak mampu memenuhi syarat kelayakkan yang telah ditetapkan oleh program universiti.
2. Matrikulasi

Lepasan matrikulasi layak untuk menyambung pengajian mereka ke universiti awam di peringkat ijazah sarjana muda setelah tamat belajar. Anda bebas untuk memilih jurusan dan universiti tertakluk kepada syarat yang telah digariskan. Ramai lepasan matrikulasi yang telah berjaya ke peringkat ijazah.
3. Diploma

Sekiranya anda ingin bekerja setelah tamat, pilihlah bidang yang anda target untuk bekerja nanti. Kebanyakkan peluang kerja diluar sana banyak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai kelulusan diploma. Hal ini kerana, pelajar diploma sudah dilatih dan didedahkan terus kepada bidang yang dipelajari. Maka tidak hairanlah ramai majikan diluar sana ingin mengambil mereka bekerja.
4. STPM

STPM menawarkan bidang sains, sastera dan perakaunan. Mereka yang berminat boleh merujuk kepada Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing bagi mengetahui kelayakan bidang. Tempoh masanya juga adalah 3 semester sahaja dan mempunyai kerja kursus yang perlu disiapkan bagi memenuhi syarat setiap semester.
5. TVET

Sebenarnya pelajar TVET mmepunyai peluang yang besar dalam industri kerana mereka diberi pendedahan dalam bidang kemahiran yang menawarkan banyak peluang pekerjaan. Terdapat beberapa universiti awam yang turut menawarkan diploma dalam TVET ini seperti Universiti Teknikal Malaysia (UTem), Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Universiti ini adalah merupakan daripada Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) dan menjadikan program ini amat praktikal dan fleksibel untuk disesuaikan dengan keperluan negara.
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak membantu para pelajar dalam membuat pilihan selepas SPM. Anda adalah penentu jalan cerita dalam hidup anda sendiri

#careercube #rahsiadapatkerja #SPMpromax #spm2020 #jobsearchmasterclass