Sunday 23 April 2017

Ceramah Israk Mikraj

TARIKH PELAKSANAAN PROGRAM 
20 April 2017 (Khamis)

MASA
7.40 – 9.40 pagi

TEMPAT 
Dewan Ibnu Khaldun, SMK KPJ

SASARAN 
Semua guru dan pelajar

ULASAN 
1. Bacaan Yasin yang diketuai oleh Ustaz Yahya Ali, Imam Masjid Sungai Udang dan disusuli dengan ceramah Israk & MIkraj.

2. Slot Interaktif yang menampilkan seorang mualaf dari Sabah yang menceritakan perjalanan kehidupan beliau sebelum dan selepas memeluk Islam. Seterusnya, sesi bersoal jawab bersama beliau bagi menimbulkan kesedaran kepada para pelajar tentang kehidupan Islam sekarang.

Tuesday 18 April 2017

Perarakan apresiasi kokurikulum

Perarakan apresiasi kokurikulum ini melibatkan semua pelajar dan guru. Perarakan ini diketuai oleh unit PRB.

Saturday 15 April 2017

Program Qiamullail

TARIKH PELAKSANAAN PROGRAM
14 April 2017 (Jumaat)

SASARAN
Semua guru dan pelajar

ULASAN
1. Qiamullail dilakukan secara berjemaah di imami oleh Ustaz Mohd Zubaidi dan disusuli dengan solat Subuh.
 2. Kuliah subuh juga dijalankan bagi memberi kesedaran dan membentuk sahsiah diri pelajar untuk menjamin kehidupan yang lebih baik.

Thursday 13 April 2017

Perkhemahan perdana unit beruniform

Perkhemahan perdana unit beruniform telah diadakan di D' Pengkalan Rantau Abang pada 13-15  April 2017. Perkhemahan ini melibatkan 132 orang pelajar daripada 9 unit uniform iaitu KRS, KAPA, Pengakap, Kadet Bomba, PBSM, Pergerakan Puteri Islam, Pandu Puteri, PRB Nbos dan Silat.