Monday 26 July 2021

PdPR sehingga 31 Ogos 2021

 SESI persekolahan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilanjutkan sehingga 31 Ogos ini, demikian menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Menerusi satu kenyataan pada Sabtu, KPM berkata ketetapan tersebut mengambil kira situasi semasa pandemik Covid-19 serta perbincangan bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Ketetapan ini terpakai di semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM," katanya.



Sunday 13 June 2021

PdPR: 13 Jun - 15 Julai

 Untuk makluman, sesi PdPR disambung selama 25 hari lagi berikutkan situasi semasa COVID-19 yang belum menunjukkan penurunan.

Perkara ini diumumkan oleh Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr Radzi Jidin.

Lanjutan PdPR ini akan bermula 13 dan 14 Jun mengikut kumpulan negeri masing-masing.

Pembukaan sekolah pada 13 Jun membabitkan negeri kumpulan A iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu, manakala pada 14 Jun pula membabitkan negeri kumpulan B iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan serta Putrajaya.




Friday 11 June 2021

Hala tuju selepas SPM

 Keputusan SPM 2020 baru sahaja diumumkan semalam, sudah pasti anda dikalangan anda masih keliru untuk membuat pilihan menyambung pelajaran.


Apakah hala tuju pelajar selepas mendapat keputusan SPM? Kemana pula selepas SPM? Kat mana Nak sambung belajar? Terdapat banyak peluang untuk anda sambung belajar selepas SPM. Admin nasihatkan pilihlah berdasarkan minat anda, jangan ikut kawan tau! Berbincanglah dengan mereka yang paling rapat dalam membuat pilihan.

Antara haluan pendidikan yang boleh dipilih oleh lepasan SPM adalah;

1. Asasi

🟠 Asasi adalah salah satu fast-track untuk ke peringkat ijazah kerana hanya mengambil masa lebih kurang dua semester sahaja. Bagi mereka yang mendapat keputusan yang cemerlang, anda boleh memilih mana-mana universiti yang menawarkan program Asasi. Terdapat beberapa universiti awam yang menawarkan program asasi antaranya Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaya (UM), dan Universiti Teknologi Mara (UiTM). Setiap universiti menawarkan jurusan yang berbeza antaranya jurusan sains, perubatan, dan undang-undang.

Majoriti universiti menyediakan tempat khas bagi lepasan universiti mereka untuk menyambung pengajian ijazah kelak. Namun ia tidak menjamin sekiranya anda tidak mampu memenuhi syarat kelayakkan yang telah ditetapkan oleh program universiti.

2. Matrikulasi

🟠 Jika anda tidak dapat memenuhi kelayakan program asasi, anda masih ada peluang untuk memilih pengajian di kolej-kolej matrikulasi. Kolej ini turut menawarkan bidang Sains Hayat, Sains Fizikal atau Perakaunan. Tempoh masa pengajian yang ditawarkan adalah berdasarkan keputusan SPM, ada yang ditawarkan program setahun dan ada juga program dua tahun.

Lepasan matrikulasi layak untuk menyambung pengajian mereka ke universiti awam di peringkat ijazah sarjana muda setelah tamat belajar. Anda bebas untuk memilih jurusan dan universiti tertakluk kepada syarat yang telah digariskan. Ramai lepasan matrikulasi yang telah berjaya ke peringkat ijazah.

3. Diploma

🟠 Jurusan diploma lebih spesifik kepada bidang tertentu. Anda boleh memilih mana-mana jurusan yang diminati berdasarkan kelayakan yang telah ditetapkan oleh universiti. Pelajar diploma mempunyai dua pilihan sama ada ingin menyambung ke peringkat sarjana muda atau bekerja. Pelajar ini layak untuk memohon kerja setelah tamat belajar berdasarkan bidang yang diceburi.

Sekiranya anda ingin bekerja setelah tamat, pilihlah bidang yang anda target untuk bekerja nanti. Kebanyakkan peluang kerja diluar sana banyak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai kelulusan diploma. Hal ini kerana, pelajar diploma sudah dilatih dan didedahkan terus kepada bidang yang dipelajari. Maka tidak hairanlah ramai majikan diluar sana ingin mengambil mereka bekerja.

4. STPM

🟠 STPM juga adalah adalah merupakan salah satu ‘fast-track’ untuk menyambung ke peringkat ijazah. Ramai yang terlepas pandang sebenarnya universiti membuka peluang yang lebih besar kepada pelajar ini untuk menyambung peringkat ijazah. Namun tidak ramai yang memilih kerana merasakan ia adalah destinasi terakhir jika tidak diterima di IPTA/IPTS.

STPM menawarkan bidang sains, sastera dan perakaunan. Mereka yang berminat boleh merujuk kepada Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing bagi mengetahui kelayakan bidang. Tempoh masanya juga adalah 3 semester sahaja dan mempunyai kerja kursus yang perlu disiapkan bagi memenuhi syarat setiap semester.

5. TVET

🟠 TVET adalah singkatan bagi Pendidikan dan Latihan Teknikal & Vokasional. Ia bertujuan untuk menghasilkan tenaga kerja yang kompeten dalam bidang-bidang tertentu. Lepasan SPM berpeluang untuk menlanjutkan pelajaran sama ada dalam bidang Sijil ataupun Diplomas dalam program TVET yang berkemahiran tinggi. Bagi mereka yang kurang kecenderungan dalam akademik dan remaja di luar sistem pendidikan terdapat juga program khas Sijil dan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN).

Sebenarnya pelajar TVET mmepunyai peluang yang besar dalam industri kerana mereka diberi pendedahan dalam bidang kemahiran yang menawarkan banyak peluang pekerjaan. Terdapat beberapa universiti awam yang turut menawarkan diploma dalam TVET ini seperti Universiti Teknikal Malaysia (UTem), Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Universiti ini adalah merupakan daripada Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) dan menjadikan program ini amat praktikal dan fleksibel untuk disesuaikan dengan keperluan negara.

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak membantu para pelajar dalam membuat pilihan selepas SPM. Anda adalah penentu jalan cerita dalam hidup anda sendiri ðŸ˜‰
#careercube #rahsiadapatkerja #SPMpromax #spm2020 #jobsearchmasterclass 

Sumber: FB Career Cube



Monday 22 February 2021

SPM Kohort 2020

Selamat menduduki SPM bagi calon kohort 2020 bermula pada 22 Februari 2021. Semoga semua calon dapat menjawab semua soalan dengan mudah dan tenang. #staysafe#jagajarak#kitajagakita


Friday 1 January 2021

Majlis Sanjungan Budi Sejambak Kasih

31.12.2020 bertempat di UiTM Dungun
Selamat Bersara buat Tn Pengetua Hj Mohd Amin bin Harun, PK Pentadbiran Hj Azlan b Ngah, Pn Ustaz Zubaidi b Haron, Hj Mat Kir b Safie dan Hjh
Zawiah Bt Mohd Noor
. JASA KALIAN AKAN KAMI KENANG SAMPAI BILA-BILA.