Monday 26 July 2021

PdPR sehingga 31 Ogos 2021

 SESI persekolahan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilanjutkan sehingga 31 Ogos ini, demikian menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Menerusi satu kenyataan pada Sabtu, KPM berkata ketetapan tersebut mengambil kira situasi semasa pandemik Covid-19 serta perbincangan bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Ketetapan ini terpakai di semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM," katanya.