Saturday 5 March 2022

PENGOPERASIAN INSTITUT PENDIDIKAN DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menetapkan bahawa pelajar sekolah menengah kecuali sekolah berasrama penuh perlu hadir ke sekolah secara bersemuka mulai 4 April.


Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin bagaimanapun berkata, bermula pada 21 Mac, pelajar sekolah menengah akan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) selama dua minggu.

Menurutnya, selepas PdPR selama dua minggu, semua pelajar sekolah menengah akan hadir ke sekolah tanpa penggiliran.